Isnin, 2 Februari 2015

Membuat Gigi Palsu

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Membuat Gigi Palsu
Link : Membuat Gigi Palsu

Baca juga


Gigi yang cantik adalah penyeri wajah dan senyuman seseorang. Perkongsian  pada kali ini berdasarkan kepada pengalaman ibu saya yang pernah membuat gigi palsu di klinik pergigian kerajaan dan swasta.

Membuat Gigi Palsu
Membuat Gigi Palsu - Sumber gambar newsfeed.time.com
Kos membuat gigi palsu penuh (atas dan bawah) di klinik kerajaan (klinik pergigian Putrajaya) adalah RM100.00. Manakala kos membuat gigi palsu di klinik swasta (klinik Kuala Kangsar, Perak) sebanyak RM500.00.

Menurut doktor klinik swasta, harga membuat gigi palsu bergantung kepada jenis dan kualiti bahan. Terdapat gigi palsu yang dibuat di klinik swasta dengan harga di antara RM400.00 hingga RM450.00 (perbezaan harga juga tertakluk kepada klinik dan tempat berbeza). 

Tempoh masa membuat gigi palsu di klinik pergigian kerajaan adalah di antara dua hingga tiga bulan (memerlukan tiga hingga enam kali lawatan). Manakala di klinik pergigian swasta hanya mengambil masa satu bulan untuk disiapkan.

Secara ringkasnya, proses untuk membuat gigi palsu adalah seperti berikut:
  1. Kunjungan pertama - pemeriksaan gigi dan acuan pertama diambil (acuan ini akan digunakan untuk membuat model gigi bagi merancang dan merekabentuk gigi palsu).
  2. Doktor gigi akan membuat persediaan pada gigi mengikut rekabentuk gigi palsu dalam acuan pertama. Kemudian acuan kedua diambil untuk dijadikan model yang lebih tepat.
  3. Peringkat merekod gigitan - Gigitan di antara rahang atas dan bawah akan direkodkan serta ruang yang ada di antara kedua rahang akan diukur.
  4. Peringkat percubaan - Set gigi palsu yang diperbuat daripada lilin dibuat dan doktor akan meminta anda mencuba pakai. Gigi palsu sebenar akan dibuat berdasarkan gigi palsu lilin ini. 
  5. Peringkat penyudahan - Gigi palsu yang telah siap dibuat akan dimasukkan ke dalam mulut anda dan pelarasan dibuat sehingga anda berasa selesa memakainya. 
  6. Peringkat rawatan susulan – Rawatan susulan dibuat bagi memastikan tisu mulut tidak terluka akibat pemakaian gigi palsu dan untuk memastikan gigi palsu berfungsi dengan baik.
Jika terdapat masalah atau tidak selesa memakai gigi palsu, pesakit boleh datang kembali ke klinik pergigian untuk memperbaikinya. Semoga perkongsian proses membuat gigi palsu ini bermanfaat untuk anda. Di dalam artikel yang akan datang akan dikongsikan tips penjagaan gigi palsu.

Ahad, 1 Februari 2015

Tips Mengemas Barang untuk Bercuti

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Tips Mengemas Barang untuk Bercuti
Link : Tips Mengemas Barang untuk Bercuti

Baca juga


Mengemas barangan untuk bercuti perlulah bijak bagi meringankan beg dan memudahkan pergerakan. Kali ini dikongsikan tips mengemas barang untuk bercuti sebagai panduan asas kepada anda yang akan pergi bercuti. 

Tips Mengemas Barang untuk Bercuti
Tips Mengemas Barang untuk Bercuti - Sumber gambar thecarefreetraveler.com
Sebelum ini dikongsikan mengenai tips bercuti murah. Beberapa tips mengemas barang untuk bercuti adalah seperti berikut:

1. Tips mengemas barang untuk bercuti dengan memilih beg kecil
Apabila membawa beg kecil, pasti kita akan berusaha untuk mengurangkan jumlah barangan yang dibawa. Pilih beg yang bersaiz kecil, namun tahan lasak. 

2. Tips mengemas barang untuk bercuti dengan membawa pakaian yang sesuai
Pilih pakaian berdasarkan keadaan cuaca dan jenis aktiviti yang akan dilakukan. Misalnya, jika hendak mandi pantai, bawalah baju renang. Jika hendak mendaki bukit, seeloknya bawa baju sukan. Jika cuaca sejuk, bawalah pakaian tebal. 

3. Tips mengemas barang untuk bercuti dengan menghadkan bilangan pakaian
Hadkan bilangan pakaian yang dibawa dengan suaipadan pakaian. Misalnya sehelai skirt dan seluar panjang hitam boleh dipadankan dengan pelbagai warna baju. Jika anda bertudung, bawalah tudung yang warnanya boleh dipadankan dengan pelbagai baju. 

4. Tips mengemas barang untuk bercuti dengan membawa barangan penting
Jangan lupa membawa dokumen penting seperti kad pengenalan, passport, lesen memandu dan tiket kapal terbang. Barangan seperti telefon bimbit (dengan pengecas), pen, kad kredit/debit dan ubat juga perlu dibawa.

5. Tips mengemas barang untuk bercuti dengan membawa barangan peribadi
Jika menginap di hotel, tuala, syampu dan sabun mandi disediakan. Anda hanya perlu membawa berus gigi, ubat gigi dan pembersih muka. Untuk dandanan diri, bawalah barangan seperti sikat, krim pelembap dan bedak (isikan dalam botol kecil). 

Diharapkan perkongsian tips mengemas barang untuk bercuti ini berguna untuk anda. Ingatlah bahawa anda hanya perlu membawa barangan yang penting sahaja. Tidak perlu membawa semua barangan yang tidak penting.