Sabtu, 22 Ogos 2015

Tips Kekalkan Khasiat Makanan dalam Peti Sejuk

Tips Kekalkan Khasiat Makanan dalam Peti Sejuk - Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali iniTips Kekalkan Khasiat Makanan dalam Peti Sejuk, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Tips Kekalkan Khasiat Makanan dalam Peti Sejuk
Link : Tips Kekalkan Khasiat Makanan dalam Peti Sejuk

Baca juga


Tips Kekalkan Khasiat Makanan dalam Peti Sejuk

Kaedah penyimapanan makanan yang betul adalah penting bagi memastikan makanan sentiasa segar, berkhasiat dan selamat untuk dimakan. Perkongsian tips kekalkan khasiat makanan dalam peti sejuk pada kali ini adalah bagi makanan yang disimpan dalam peti sejuk. 

Tips Kekalkan Khasiat Makanan dalam Peti Sejuk
Tips Kekalkan Khasiat Makanan dalam Peti Sejuk - Sumber gambar tomcopelandblog.com
Beberapa tips kekalkan khasiat makanan yang disimpan dalam peti sejuk adalah seperti berikut:

Simpan buah dan sayur dalam peti sejuk

Simpan buah-buahan dan sayur-sayuran di bahagian bawah laci peti sejuk bagi mengelakkannya rosak atau membeku. Bungkus sayur-sayurandengan plastik berlubang bagi melancarkan pengaliran udara. 


Simpan makanan siap masak dalam peti sejuk

Biarkan makanan siap masak sejuk terlebih dahulu di luar. Kemudian simpan dalam bekas bertutup seperti bekas plastik bertutup atau beg plastik yang dibalut kertas aluminium. Ini dapat mengekalkan kualiti makanan serta mengelak bau dan ia tumpah. 


Simpan makanan telah dimasak dalam peti sejuk

Makanan telah dimasak seeloknya disimpan di bahagian atas peti sejuk (sejuk beku). Namun masukkan ke dalam bekas bertutup bagi mengelakkan pencemaran oleh makanan mentah seperti ikan, ayam dan daging. 


Simpan telur dalam peti sejuk

Simpan telur ditempat yang dikhaskan untuk telur. Suhu yang sejuk akan melambatkan proses pembiakan bakteria. 


Simpan makanan dalam tin dalam peti sejuk

Masukkan makanan dalam tin (yang telah dibuka) ke dalam bekas kaca atau plastik bertutup bagi mengelakkan tindakbalas logam (tin) yang memberi kesan kepada kualiti makanan. 


Diharapkan perkongsian mengenai tips kekalkan khasiat makanan yang disimpan dalam peti sejuk pada kali ini memberikan panduan asas kepada anda. Cara penyimpanan yang salah pasti akan menjejaskan khasiat dan kualiti makanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan kegunaan ataupun khasiat lain yang anda ketahui.