Selasa, 24 Februari 2015

Tips Mengurangkan Lemak

Tips Mengurangkan Lemak - Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali iniTips Mengurangkan Lemak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Tips Mengurangkan Lemak
Link : Tips Mengurangkan Lemak

Baca juga


Tips Mengurangkan Lemak

Lemak sering dikaitkan dengan penyebab kepada masalah kegemukan dan penyakit berbahaya seperti sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis. Tips mengurangkan lemak yang akan dikongsikan ini khusus kepada anda yang ingin hidup sihat.

Tips Mengurangkan Lemak
Tips Mengurangkan Lemak - Sumber gambar burnmybellyfat.com
Secara asasnya lemak terbahagi kepada lemak tepu dan lemak tidak tepu. Lemak tepu didapati dari hasil haiwan dan sebahagian tumbuhan seperti minyak kelapa dan mentega. Manakala lemak tidak tepu adalah dari sumber tumbuhan seperti minyak zaitun. 

Sebelum ini dikongsikan mengenai keperluan kalori seharian. Pengambilan lemak tepu secara berlebihan menyebabkan peningkatan paras kolestrol. Beberapa tips mengurangkan lemak dengan mudah adalah seperti berikut:

1. Tips mengurangkan lemak - Gantikan dengan kurang lemak
  • Gantikan susu penuh krim dengan susu skim. 
  • Gantikan aiskrim dengan yogurt.
  • Gantikan snek seperti keropok kepada snek buah-buahan segar yang dipotong.
  • Gantikan minyak kelapa sawit kepada minyak zaitun ketika memasak.
  • Gantikan mentega dengan madu asli untuk disapu atas roti.

2. Tips mengurangkan lemak - Elakkan pengambilan
  • Elakkan pengambilan makanan siap proses seperti daging burger atau sosej. 
  • Elakkan makan makanan segera seperti kentang goreng atau burger. 
  • Elakkan makanan digoreng dengan minyak banyak seperti cucur udang dan pisang goreng. 
  • Elakkan pengambilan makanan mengandungi banyak lemak seperti nasi lemak. 
  • Elakkan makan telur kuning. Sebaliknya hanya makan putih telur. 

3. Tips mengurangkan lemak - Ubah cara memasak
  • Tukar kaedah memasak menggoreng kepada merebus, mengukus atau membakar. 
  • Gunakan susu bagi menggantikan santan ketika memasak kari. 
  • Buang lemak dan kulit pada ayam atau daging.
  • Gunakan sos rendah lemak untuk pasta. 
  • Gunakan perahan limau sebagai pengganti dressing

Oleh itu, hadkan pengambilan lemak di dalam penyediaan makanan harian anda. Pasti anda mampu mengubah diri anda dan keluarga menjadi lebih sihat. Semoga perkongsian tips mengurangkan lemak pada kali ini bermanfaat untuk anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan kegunaan ataupun khasiat lain yang anda ketahui.