Ahad, 22 Februari 2015

Petua Merawat Rambut dengan Santan Kelapa

Petua Merawat Rambut dengan Santan Kelapa - Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali iniPetua Merawat Rambut dengan Santan Kelapa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Petua Merawat Rambut dengan Santan Kelapa
Link : Petua Merawat Rambut dengan Santan Kelapa

Baca juga


Petua Merawat Rambut dengan Santan Kelapa

Selain daripada digunakan sebagai bahan masakan, santan kelapa juga digunakan di dalam perawatan tubuh secara semulajadi atau alami. Petua merawat rambut dengan santan kelapa adalah salah satu alternatif tanpa menggunakan bahan kimia. 

Petua Merawat Rambut dengan Santan Kelapa
Petua Merawat Rambut dengan Santan Kelapa - Sumber gambar ihph.org.vn
Santan kelapa bermanfaat untuk melebat dan menghitamkan rambut. Sebelum ini pernah dikongsikan penyebab kerosakan rambut. Berikut adalah langkah-langkah bagi petua merawat rambut dengan santan kelapa yang boleh anda cuba:
  1. Masak santan kelapa (sederhana pekat) di dalam periuk dengan api yang sederhana selama 10 minit dan kacau perlahan bagi mengelakkannya pecah minyak. Tutup api dan biarkan ia suam. 
  2. Leraikan rambut anda dengan sikat supaya ianya tidak kusut. Lapikkan tuala atau plastik di leher dan bahu bagi mengelakkan santan meleleh pada pakaian anda.
  3. Ambil sedikit santan suam dengan hujung jari anda dan sapu ke rambut serta kulit kepala sehingga rata di keseluruhan rambut. 
  4. Picit kulit kepala anda dengan hujung jari perlahan-lahan selama 10 minit. 
  5. Bungkus rambut anda dengan tuala kering atau shower cap dan biarkan selama 1 jam. 
  6. Syampu rambut anda seperti biasa dan bilas dengan air bersih. Keringkan rambut secara manual dengan tuala kering. 
  7. Ulangi kaedah perawatan menggunakan santan kelapa ini sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk hasil yang memuaskan. 
Selain daripada mengamalkan petua merawat rambut dengan santan kelapa ini, amalkan pemakanan yang seimbang dan kawal tekanan perasaan untuk kesihatan rambut. Diharapkan perkongsian ini berguna untuk anda. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan kegunaan ataupun khasiat lain yang anda ketahui.